Pusat Sumber SJK (C) Sam Chai mula ditubuhkan selepas
sekolah ini dibuka tetapi memandangkan ruangan tidak mencukupi maka bilik
perpustakaan telah diketepikan pada masa itu. Perpustakaan telah memulakan
perkhidmatannya pada 1990-an. Pada masa itu, perpustakaan hanyalah satu bilik
khas yang terletak bersebelahan dengan bilik guru.
Selepas
pembinaan bangunan blok 3 tingkat dan perasmian bangunan baru telah
dilancarkan, bilik guru telah dipindah ke bangunan blok 3 tingkat. Dengan itu,
bilik guru yang lama telah diubahsuai menjadi bilik perpustakaan. Pada masa itu
guru penyelaras perpustakaan ialah Puan Tang Lay Hong, beliau telah menjadi
guru perpustakaan lebih kurang 10 tahun. Pada tahun 2007, perpustakaan telah
diubahsuai sekali lagi iaitu menggabungkan bilik perpustakaan yang lama dengan bilik
perpustakaan yang ada. Pengubahsuaian ini adalah supaya membolehkan proses
peminjaman dan pemulangan buku melalui sistem automasi.
Oleh
sebab demikian, Cik Chow Sue Sun telah dilantik
oleh sekolah untuk menggantikan jawatan Puan Tang Lay Hong sebagai guru penyelaras
perpustakaan pada masa itu. Kini perpustakaan ini terletak di sebelah bilik
bahan bantu mengajar (BBM) dan berhampiran dengan kantin sekolah.
Pada 16.6.2010,
Cik Chow Sue Sun telah dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media Sekolah
oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Bidang kuasa dan senarai tugas guru tersebut adalah
tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/2005 yang berkuatkuasa sekarang.